Saturday 16 March 2013

Sekolah Kehidupan

Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau perkara itu dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, ada yang pahit atau apa jua rassanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalu.


Namun, dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, mestipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta, perkara-perkara yang sangat kita tidak mau ingat dan kita sedaya-upaya cuba membuangnya dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang kita lalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan malah masa kini yang sedang dimiliki.

1 comment:

  1. kehidupan sebenar bukan bergantung dengan kejayaan yang dimiliki masa kini tetapi bagaimana kita menjadikan masa lalu sebagai sekolah hidup

    ReplyDelete