Friday 14 June 2013

Sematik dan Sintaksis Dialek Sabah


1. Limpas - Lalu
- bulih saya limpas?
- tumpang lalu,boleh?

2. Bah - sebagai kata penguat
- janganlah bah!

3. Limpang - Baring
- saya mau pi limpang dulu.
- saya nak baring dah.

4. Bubut - Kejar
- pi bubut tu ayam.
- pergi kejar ayam tu.

5. Inda - Tidak
- inda saya mau buat.



Thursday 6 June 2013

Slanga



Bahasa slanga itu dikatakan sebagai ragam bahasa yang tidak rasmi, tidak baku dan sifatnya yang tidak tetap atau mengikut musim. Seorang tokoh iaitu Harimurti Kridalaksana mendefinisikan bahasa slanga sebagai bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial dalam kalangan remaja tertentu sebgai satu komunikasi dalaman untuk mengelakkan orang luar dari kelompok mereka memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan.

Bahasa slanga amat meluas digunakan dalam kalangan remaja masa kini. Penggunaan bahasa slanga telah menjadi kebiasaan dan tanpa segan-silu dipertuturkan di mana-mana sahaja. Contoh di bawah antara bahasa slanga yang biasa didengar pada masa kini.

Bahasa Slanga
Bahasa Baku
Awak ngah wat per tew?
Awak mahu buat apa?
Lu kencing gua punya budak ow!
Kau tipu orang-orang saya!
Gua caya sama lu tapi belakang lu sudah cipet gua!
Saya percayakan kau, tapi kau tikam saya dari belakang!


Contoh di atas menunjukkan betapa kuatnya pengaruh bahasa slanga dalam kalangan masyarakat kita, terutamanya golongan remaja. 



Istilah Koine dalam Yunani



Istilah Koine


Koine, dalam bahasa Yunani artinya adalah "Umum", sebuah istilah yang sebelumnya juga pernah digunakan oleh beberapa ilmuwan kuno untuk merujuk ke beberapa jenis bahasa Yunani. Sebuah mazhab ilmuwan seperti Apollonius Dyscolus dan Aelius Herodianus menggunakan istilah Koine untuk merujuk kepada bahasa proto-Yunani, sementara yang lain menggunakan istilah ini untuk merujuk ke sembarang bentuk lisan bahasa Yunani yang berbeza dengan bahasa tertulis. 

Ketika Koinesecara bertahap berkembang menjadi bahasa kesusasteraan, beberapa orang membezakannya menjadi: bahasa Yunani-Hellenik sebagai bahasa sastera masa pasca-klasik dan Koine sebagai bahasa lisan yang popular. Sedangkan yang lain lebih suka menggunakan istilah "Dialek Iskandariah" untuk merujuk Koine. Istilah "Dialek Iskandariah" ini sering dipakai oleh para pakar klasik modern.

Sunday 2 June 2013

Benarkah bahasa pijin sama dengan bahasa pasar di Malaysia?

Bahasa pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal penutur kedua-dua belah pihak penutur tersebut. Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Oleh itu sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami sesuatu perbualan, maka bahasa pijin mempunyai kosa kata yang terhad.

Bahasa pijin di Malaysia sering digelar sebagai bahasa pasar. Contohnya:

1. "Lu mau apa"- Melayu dan Cina
2. "Ini balang manyak mulah"- Melayu dan Cina
3. "Saya Jalan Hussein juga dudo"- Melayu dan India
4. "Saya sendiri miyaga"- Melayu dan India