Friday 29 March 2013

Moden vs Rugi?

Salam sejahtera buat semua pembaca, saya ingin kongsikan mengenai peribahasa. Jum baca.

Peribahasa sememang sudah tidak asing lagi dengan kehidupan masyarakat Melayu.
Peribahasa ini digunakan dalam pelbagai situasi dengan pelbagai maksud.
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedapa didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum kemerdekaan lagi.

Peribahasa moden pula merujuk kepada yang dicipta selepas tarikh kemerdekaan

Peribahasa merupakan sebahagian daripada kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.

Namun, pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafal seberapa banyak peribahasa. Peribahasa baru ini digelar sebagai peribahasa moden, tetapi terdapat peribahasa yang janggal atau tidak sesuai untuk memantapkan minda manusia. Selain itu, peribahasa baru ini mendorong ke arah kehancuran bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh pihak yang berkenaan (berkaitan bahasa Melayu).

Contoh di bawah merupakan antara peribahasa moden yang menghancurkan bahasa Melayu:
1. Kalau takut dilambung ombak, jangan baca novel Ombak Rindu
2. Yang berat sama dipikul, yang ringan kau angkat seoranglah
3. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana KFC
4. Bagai handpon dengan top-up
5. Seperti memakai handpon canggih di tempat yang takde line





Sama-sama kita renungkan..salam:)

Thursday 28 March 2013

Permainan Bahasa

Perjalanan hidup di dunia ini tidak lari daripada masalah ataupun cabaran.
Masalah atau cabaran inilah yang akan mendewasakan kita dalam menempuh hidup di dunia.
Keluhan, rintihan, tangisan, marah dan sewaktu dengannya kadang kala terlahir sebagai tanda yang kita sedang melalui sesuatu yang berat untuk dipikul.
Sebenarnya, semua yang terzahir itu bukanlah kemahuan kita tetapi keadaan yang memaksa kita.
Namun, terdapat juga segolongan manusia yang mengerti akan maksud di sebalik masalah atau cabaran yang dihadapi sehingga lahirnya kata-kata pembakar semangat.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah penggunaan bahasa dalam membangkitkan semangat untuk menjalani sekolah kehidupan ini.
Berikut antara kata-kata bijak yang dapat saya kongsikan:

"Seorang pemenang tidak pernah menyerah, dan orang yang menyerah tidak pernah menang."

 "Pekerjaan yang berat apabila kita menikmati pekerjaan tersebut maka pekerjaan akan menjadi mudah dikerjakan dan memuaskan"

 "Tidak ada satupun di dunia ini, yang bisa di dapat dengan mudah. Kerja keras dan doa adalah cara untuk mempermudahnya."
 
"Jangan bersedih jika kamu tidak di hargai, tapi bersedihlah jika kamu tidak berharga lagi."

"Jangan pernah perlihatkan kesedihan kita di depan umum, karena itu tak akan pernah berguna."


Bahasa mampu menjadi semangat buat kita.
Inilah apa yang sedang berlaku di sekeliling kita sekarang, semangat melalui bahasa.
Sekian sahaja perkongsian saya, bye.
 

Tuesday 26 March 2013

Uniknya Negaraku

Salam semua, ini kali saya nak kongsi satu bahasa iaitu bahasa Iban.
Pertama kali saya dengar bahasa Iban, saya sangkakan bahasa Thailand atau Siam, lama kelamaan saya sudah biasa dan faham sikit-sikit. Kami dalam rumah ada 10orang, 5 daripadanya berbangsa Iban.
Buat pengetahuan pembaca, bahasa Iban juga merupakan bahasa yang sering digunapakai dalam pertuturan sesetengah masyarakat di Malaysia iaitu di negeri Sarawak.

Contoh di bawah merupakan contoh yang perkataannya hampir sama dengan bahasa Melayu:
Makan- makai
Berjalan- berjalai
Pulang- pulai
Panjang- panjai
Mandi- mandi

Contoh seterusnya merupakan perkataan-perkataan yang biasa dituturkan:
Aku/ saya- aku
Kamu/ awak- nuan, dik, kuak
Di mana- dini
Ke mana- kini
Ke sana- kin
Ke sini- kitu
Nadai- tiada
Ada- bisi
Belum- bedau
Sudah- udah


Semoga pembaca dapat ilmu serba sedikit tentang bahasa Iban.


Thursday 21 March 2013

Uniknya Bahasa Kita

Salam semua pembaca..saya nak kongsikan sedikit sebanyak bahasa Melayu Sarawak. Semua maklumat ini saya dapat daripada seorang sahabat. Jum belajar :)


1. Kamek- Saya
2. Sidak nya- Mereka
3. Nya- Dia
4. Sia- Itu
5. Sinun- Sana (menunjukkan tempat yang jauh)
6. Sitok- Sini
7. Ngegeh- Gedik
8. Aok- Ya
9. Sik ada- Tidak ada
10. Iboh- Jangan
11. Kelakar- Bercakap
12. Cali- Lawak
13. Manas- Marah
14. Sine- Mana
15. Kacak- Cantik/ Hensem
16. Nyaman- Sedap

Wednesday 20 March 2013

Panas

Semasa duduk menunggu kawan datang, saya terdengar perbualan dua orang mahasiswa yang saat itu tengah lalu di belakang saya. Perbualannya seperti ini:


Mahasiswa A: Panas, panas, panas.
Mahasiswa B: Memanglah panas, kan sekarang ni tengah hari.
Mahasiswa A: Bukan tulah bangang, dalam ni tengah panas.
Mahasiswa B: Uik?


Apa yang yang fahami, mahasiswa A ini tengah melepaskan kemarahannya tetapi salah tempat dan situasi.
Nasiblah yang seorang ini tahu akan keadaan yang tengah berlaku saat itu.

Selingan, saya juga terfikir, perkataan panas ini boleh membawa lebih daripada satu makna mengikut situasi dan nada.

Monday 18 March 2013

Kebiasaan atau Perubahan?

 "Helo bro, wat up?"
"Helo, pa ceta? amcm dgn game korang semalam?"
"Bolehlah, kitaorang kalah sikit je, will durangkan star-star"
 
Fenomena bahasa rojak sudah tidak asing lagi bagi. Penggunaan bahasa sebegini sememangnya menjadi amalan biasa, lebih biasa lagi sebagai bahasa "rutin". 
Walaupun pelbagai pihak sudah memainkan peranan untuk memperbaiki fenomena ini, namun ia terus menerus berlaku. Pada saya, bagi sesetengah hal, berbahasa rojak itu boleh diterima. Misalnya, keluarga yang menggunakan bahasa ibunda atau Inggeris sebagai bahasa utama dalam pertuturan seharian. 

Jadi, apabila golonggan ini menggunakan bahasa Melayu, terdapat perkataan-perkataan yang mereka tidak dapat terjemahkan dalam bahasa Melayu. 
Namun, yang membimbangkan kini, bukan sahaja bahasa rojak ini digunakan dalam perbualan tetapi dalam penulisan bagi subjek Bahasa Melayu. 
Tidakkah ini merisaukan?
Mungkin mereka beranggapan bahawa bahasa Melayu senang. Kalau dipandang dari aspek akademik, perkara sebegini sangat dirisaukan.

Contoh situasi di atas saya dengar sewaktu sedang berehat selepas bermain bola sepak.
Walaupun biasa kita dengar, namun agak merisaukan apabila ayat serupa digunakan dalam akademik.

Saturday 16 March 2013

Apa Cara Pandang Kita?

Salam semua..

Saya percaya setiap kita ada cita-cita maupun harapan yang ingin dicapai.
Cita-cita itu terbina sejak kecil lagi.
Ada cita-cita yang berubah-ubah, ada juga cita-cita yang kekal sehingga hari ini, mahupun yang telah dikecapi.
Harapan pula?
 harapan satu keinginan yang tinggi yang mahu digenggam.
harapan ini menjadi aura semangat setiap individu.
Namun, pernahkah kita terfikir bahawa cita-cita mahupun harapan itu sebenarnya sudah ada?
Mungkin agak lucu atau tidak masuk akalkan.
Sebenarnya semua itu sudah ada dan tersedia bagi kita, yang membezakan kita dengan mereka yang sudah mengecapinya hanyalah kesabaran.
Kesabaran itulah yang menjadi pendorong kepada aura semangat kita untuk mengapai apa yang kita inginkan.
Namun, perlu diingat, apabila cita-cita atau harapan itu tidak diperolehi, jangan salahkan takdir.
Apa yang saya ingin kongsikan buat pembaca semua, pandanglah dengan cara pandang yang benar.
Cara pandang yang benar bukan hanya merujuk dengan cara pandang manusia tetapi kembali kepada Pencipta kita. 

Sekolah Kehidupan

Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau perkara itu dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, ada yang pahit atau apa jua rassanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalu.


Namun, dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, mestipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta, perkara-perkara yang sangat kita tidak mau ingat dan kita sedaya-upaya cuba membuangnya dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang kita lalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan malah masa kini yang sedang dimiliki.

Thursday 14 March 2013

Bahasa Cerminan Peribadi

Di saat sedang menikmati makanan yang terhidang, terdengar perkataan yang kurang enak didengar. Hoi, orang tua! sambil kepala tertunduk hendak menelan baki makanan di sudu, minda berfikir-fikir akan nilai sebenarnya perkataan "orang tua" itu. Tanpa melihat situasi yang berlaku, diri hanya berfikir sambil makan.
Perkataan "orang tua" itu sepatutnya digunakan bagi menunjukkan rasa hormat dengan golonggan sebegini, namun apakan daya, manusia berlainan karakter. Biasanya, perkataan atau bahasa yang dituturkan oleh individu mencerminkan keperibadian seseorang itu.