Thursday, 25 April 2013

Toslight

Kisah ini terjadi sewaktu seorang sahabat saya pergi membeli sesuatu di Big 9 Taman Anggerik.
Perbualan:
Kawan: Ada jual toslight?
Penjaga: Ar??


Wednesday, 3 April 2013

Bisikan Puisi Hati


1.
Kata indah menaklukkan dunia
Akrab dan bersahabat
Sebaliknya ia adalah mangsa
Hati- hatilah sobat

Maaf sangat mudah dalam lafaz
Namun sulit pula bagi hati
Ia memakaikan kita setelan jas
Tampak elok nan berseri

Maaf perkataan yang bijak
Terimalah dan rangkul
Maaf lahir jangan ditolak
Batin pun berkata betul


2.
Gundah ditengah malam
Gelisah terasa di pagi hari
Semuanya hampa dan kelam
Gundah dan gelisah menyelimuti

Gundah pergilah dari benakku
Gelisah jangan mendekat
Kuingin hidup ala naluriku
Walau menurutmu melarat


3.
Mengapa kau diam?
Aku bertanya hal itu padamu
Mana jawabanmu?
Kenapa kau bisu?

Jelas bibir merahmu indah dan merekah
Bicaralah satu kata saja,
Aku rindu pada seraknya suaramu

Kenapa harus bisu?
Bila masih bisa berkata
Mengapa harus menangis?
Jika bahagia ada disana

Tuesday, 2 April 2013

Tersasul atau tidak tahu

Pada 23 dan 24 hb Mac lepas, saya mengikuti satu rombongan penari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah kendalian IKSAS (Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah) sebagai krew. Pertandingan ini dijalankan di Universiti Sains Malaysia (USM). 9 IPTA mengambil bahagian dalam pertandingan tarian ini. Program ini diberi tema CitraBayu, di mana semua wakil terdiri daripada pelajar-pelajar Sabah seluruh semenanjung.

Seperti biasa, sebelum bermulanya pertandingan, majlis pada 24hb bermula dengan acara formal. Dipengerusikan oleh dua orang pelajar USM. Apa yang ingin saya kongsikan ialah penggunaan panggilan resmi pengerusi tersebut. Pengerusi menjemput Presiden persatuan Sabah USM dengan menggunakan YBhg untuk merujuk kepada jawatan Presiden Persatuan Anak Sabah di USM.
Saya tidak pasti, sama ada pengerusi itu tersasul atau tidak.

Nampaknya, penggunaan panggilan ketika protokol ini masih lagi kurang dititikberatkan walaupun sebagai mahasiswa/i.

Friday, 29 March 2013

Moden vs Rugi?

Salam sejahtera buat semua pembaca, saya ingin kongsikan mengenai peribahasa. Jum baca.

Peribahasa sememang sudah tidak asing lagi dengan kehidupan masyarakat Melayu.
Peribahasa ini digunakan dalam pelbagai situasi dengan pelbagai maksud.
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedapa didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum kemerdekaan lagi.

Peribahasa moden pula merujuk kepada yang dicipta selepas tarikh kemerdekaan

Peribahasa merupakan sebahagian daripada kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.

Namun, pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafal seberapa banyak peribahasa. Peribahasa baru ini digelar sebagai peribahasa moden, tetapi terdapat peribahasa yang janggal atau tidak sesuai untuk memantapkan minda manusia. Selain itu, peribahasa baru ini mendorong ke arah kehancuran bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh pihak yang berkenaan (berkaitan bahasa Melayu).

Contoh di bawah merupakan antara peribahasa moden yang menghancurkan bahasa Melayu:
1. Kalau takut dilambung ombak, jangan baca novel Ombak Rindu
2. Yang berat sama dipikul, yang ringan kau angkat seoranglah
3. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana KFC
4. Bagai handpon dengan top-up
5. Seperti memakai handpon canggih di tempat yang takde line





Sama-sama kita renungkan..salam:)

Thursday, 28 March 2013

Permainan Bahasa

Perjalanan hidup di dunia ini tidak lari daripada masalah ataupun cabaran.
Masalah atau cabaran inilah yang akan mendewasakan kita dalam menempuh hidup di dunia.
Keluhan, rintihan, tangisan, marah dan sewaktu dengannya kadang kala terlahir sebagai tanda yang kita sedang melalui sesuatu yang berat untuk dipikul.
Sebenarnya, semua yang terzahir itu bukanlah kemahuan kita tetapi keadaan yang memaksa kita.
Namun, terdapat juga segolongan manusia yang mengerti akan maksud di sebalik masalah atau cabaran yang dihadapi sehingga lahirnya kata-kata pembakar semangat.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah penggunaan bahasa dalam membangkitkan semangat untuk menjalani sekolah kehidupan ini.
Berikut antara kata-kata bijak yang dapat saya kongsikan:

"Seorang pemenang tidak pernah menyerah, dan orang yang menyerah tidak pernah menang."

 "Pekerjaan yang berat apabila kita menikmati pekerjaan tersebut maka pekerjaan akan menjadi mudah dikerjakan dan memuaskan"

 "Tidak ada satupun di dunia ini, yang bisa di dapat dengan mudah. Kerja keras dan doa adalah cara untuk mempermudahnya."
 
"Jangan bersedih jika kamu tidak di hargai, tapi bersedihlah jika kamu tidak berharga lagi."

"Jangan pernah perlihatkan kesedihan kita di depan umum, karena itu tak akan pernah berguna."


Bahasa mampu menjadi semangat buat kita.
Inilah apa yang sedang berlaku di sekeliling kita sekarang, semangat melalui bahasa.
Sekian sahaja perkongsian saya, bye.
 

Tuesday, 26 March 2013

Uniknya Negaraku

Salam semua, ini kali saya nak kongsi satu bahasa iaitu bahasa Iban.
Pertama kali saya dengar bahasa Iban, saya sangkakan bahasa Thailand atau Siam, lama kelamaan saya sudah biasa dan faham sikit-sikit. Kami dalam rumah ada 10orang, 5 daripadanya berbangsa Iban.
Buat pengetahuan pembaca, bahasa Iban juga merupakan bahasa yang sering digunapakai dalam pertuturan sesetengah masyarakat di Malaysia iaitu di negeri Sarawak.

Contoh di bawah merupakan contoh yang perkataannya hampir sama dengan bahasa Melayu:
Makan- makai
Berjalan- berjalai
Pulang- pulai
Panjang- panjai
Mandi- mandi

Contoh seterusnya merupakan perkataan-perkataan yang biasa dituturkan:
Aku/ saya- aku
Kamu/ awak- nuan, dik, kuak
Di mana- dini
Ke mana- kini
Ke sana- kin
Ke sini- kitu
Nadai- tiada
Ada- bisi
Belum- bedau
Sudah- udah


Semoga pembaca dapat ilmu serba sedikit tentang bahasa Iban.


Thursday, 21 March 2013

Uniknya Bahasa Kita

Salam semua pembaca..saya nak kongsikan sedikit sebanyak bahasa Melayu Sarawak. Semua maklumat ini saya dapat daripada seorang sahabat. Jum belajar :)


1. Kamek- Saya
2. Sidak nya- Mereka
3. Nya- Dia
4. Sia- Itu
5. Sinun- Sana (menunjukkan tempat yang jauh)
6. Sitok- Sini
7. Ngegeh- Gedik
8. Aok- Ya
9. Sik ada- Tidak ada
10. Iboh- Jangan
11. Kelakar- Bercakap
12. Cali- Lawak
13. Manas- Marah
14. Sine- Mana
15. Kacak- Cantik/ Hensem
16. Nyaman- Sedap